UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
ISSN :1985-496X
Main Author :Borham Abd Hadi, Abdullah Wahyu Hidayat, Ismail Abdul Munir, Abdul Kadir Fakhrul Adabi,
Title :Pendekatan dakwah Mohd Fadli Yusof dalam pengislaman non-muslim di Kampung Padang, Sepulut Pensiangan, Sabah (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2017
PDF Full Text :Login required to access this item.

Full Text :
Pendekatan dalam dakwah merupakan perkara yang penting bagi memastikan mesej Islam dapat disampaikan dengan berkesan kepada golongan sasaran.Dalam konteks ini, Mohd Fadli Yusof merupakan seorang pendakwah bebas berasal daripada semenanjung. Beliau telah menjalankan usaha dakwah di kawasan pedalaman Pensiangan, Sabah termasuk di Kampung Padang, Sepulut. Kawasan ini mempunyai majoriti penduduk yang berasal dari suku kaum Murut. Sejak tahun 2011, Mohd Fadli Yusof telah berjaya mengislamkan lebih dua ratus non-muslim di bahagian pedalaman Pensiangan, termasuk di Kampung Padang, Sepulut. Bagi melihat perkara tersebut, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti pendekatan dakwah Mohd Fadli Yusof dalam pengislaman non-muslim di Kampung Padang, Sepulut Pensiangan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah kualitatif. Data kajian telah diperolehi dengan kaedah pemerhatian ikut serta dan temu bual di Kampung Padang, mukim Sepulut. Hasil kajian menunjukkan terdapat empat pendekatan dakwah yang telah dilakukan oleh Mohd Fadli Yusof iaitu menarik psikologi madʻu dengan kelainan, membina hubungan baik dengan golongan madʻu pedalaman, menggunakan komunikasi berhemah dan tidak memaksa madʻu. Dapatan kajian tersebut menunjukkan pendekatan dakwah beliau telah diterima baik oleh golongan madʻu di Kampung Padang, Sepulut dan kawasan lain di pedalaman Pensiangan yang bermajoritikan penganut Kristian dan pagan

References
1. Ab Aziz MohdZin. (1997). Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 2. Abdul SukorShaari et al. (2011).Kanak-kanak Minoriti Orang Asli di Malaysia: Mengapai Literasi Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 1(2), 62-68. 3. Bailey, Kenneth D. (1992). Kaedah Penyelidikan Sosial.(Terj. Hashim Awang). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Al-Banjari, Muhammad NuruddinMarbu.(2010). Al-Adab al-Mufrad lil Imam al-Hafiz Muhammad bin Ismail al-Bukhari.Bogor, Indonesia: Maʻhad Al-Zayn li Tibaʻah wa al-Nasr wa al-Tauziʻ wa al-Tarjamah. 5. BBC English Dictionary.(1993). London: Harper Collins Publisher. 6. Cambridge Advanced Learner’s Dictionary.(2008). Cambridge: Cambridge University Press. 7. El-Khuly, El-Bahi (1984). Panduan Para Pendakwah.(Terj. Ismail Mohd Hassan). Terengganu: Yayasan Islam Terengganu. 8. Fadl Allah, Muhammad Hussain. (1979). Uslub al-Da‘wah fi al-Qur’ān. Beirut: Al-Zahrah. 9. Hornby, A.S. (2011). Oxford Advanced Learners Dictionary.Oxford: University Press. 10. IbnKathir, Abu Fida’ ʻImaduddin Ismail bin ʻUmar. (2013). Shahih Tafsir Ibnu Katsir.Jil. 3. (Terj. Al-Mubarakfuri, ShaikhShafiyyurahman). Jakarta: Pustaka Ibnu Katsir. 11. Ibrahim Che Noh. (1995). Dakwah Kepada Non-Muslim.Dlm. Sidi Gazalba dan Zainab Ismail. Dakwah Islamiah Malaysia Masa Kini (70-98). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 12. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 13. Longman Exams Dictionary.(2006). United Kingdom: Pearson Longman. 14. Ma, Yunus Abdullah Zheng.(2008). Manahij al-Dakwah al-Islamiyyah li al-SinniGhayri al-Muslimin fi Kuala Lumpur. (Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan). Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 15. Mahfuz, ʻAli. (1952). Hidayah al-Mursyidin wa Ṭuruqilā al-Wa‘ẓ wa al-Kḥitabah. Kaherah: Dar al-I‘tisam. 16. Mohd Yusof Hussain. (2009). Barriers and Obstacles to Islamic Da‘wah.Dlm Mohd. YusofHussain.Reading in Islamic Da‘wah (99-106). Kuala Lumpur: International Islam University Malaysia Press. 17. Nasir Sayyid Ahmad et al,. (2008).Mu‘jam al-Wasiṭ.Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabiy. 18. Osman Abdullah @ Chuah Hock Leng & Abdul Salam Muhamad Shukri.(2008). Muslim Converts in Malaysia: The Problem of Cultural Adjustment. Kuala Lumpur: International Islamic University Malaysia. 19. Al-Qaradawi, Yusuf. (2001). Thaqafah Da’iyyah.Beirut: Muassasah al-Risalah. 20. Al-Shaʻrawiy, Muhammad Mutawalli. (2011). Mukhtasar Tafsir al-Shaʻrawiy, Jil. 1. Kaherah: Dar al-Tawfiqiyyah li al-Turath. 21. Qutb, Sayid. (1985). Fi Zilal al-Qur’an. Kaherah, Misr: Dar al-Shuruq. 22. Al-Mu‘jam al-‘Arabiyy al-Asasiyy. (1989). Larousse: Al-Munazzhamah al-‘Arabiyyah li al-Tarbiyyah wa al-Thaqafah wa al-’Ulum. 23. Selamat Amir et al. (2013). Islam and Muslim in Multi-Religious Society: Realities and Challenges in Sabah, Malaysia. Middle East Journal of Society of Scientific Research13 (2), 145-153. 24. Syed Othman Al-Habshi. (1998). Kepentingan Pengurusan dalam Dakwah Islamiah.Dlm. Abdullah Muhammad Zin et al,.Prinsip dan Kaedah Dakwah dalam Arus Pembangunan Malaysia (101-114). Bangi Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 25. The New Oxford Dictionary of English. (1999). Oxford: Oxford University Press. 26. Tregonning, K.G. (1958). Under Chartered Company Rule (Notrh Borneo 1881-1946). Singapura: Universiti Malaya Press. 27. Al-Tirmizi, Abu ʻIsa bin Saurah bin al-Duhak. (1975). Sunan al-Tirmizi.Jil. 4. (Ibrahim Ghutwah (ed.).Mesir: Maktabah wa Maṭbaʻah Mustafa al-Babi al-Halabi. 28. Zaydan,ʻAbd al-Karim. (1998). Usul al-Da‘wah. Beirut: Al-Risalah Publisher.

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)